Minuman Yogurt Anti Oksida Elak Gastrik Berulang

100% Bahan Semulajadi. Selamat dan Berkesan.

Perhatian Buat Penderita Gastrik

Adakah ini yang anda rasa setiap kali gastrik menyerang?

  • Pedihnya perut, rasa macam dihiris-hiris. Tak tahan sampai berguling-guling..
  • Perut kembung dan keras, rasa tak selesa sebab nak sendawa tapi tak boleh. Bila baring rasa macam nak tercekik.
  • Tekak rasa loya dan mual, tak boleh kawal muntah. Muntah dan muntah lagi walaupun dah takde apa lagi dalam perut. Ada kalanya sampai muntah darah.
  • Dah tak selera nak makan apa-apa, makan sakit, tak makan pun sakit. Badan dah semakin kurus.
  • Sakitnya perut hanya Tuhan yang tahu. Lesu, pucat, sesak dada dan sukar nak bernafas..

Jika anda mengalami sebahagian dari simptom ini, mungkin gastrik anda pada tahap sederhana. Jika pernah mengalami kesemua simptom-simptom ini, itu tandanya gastrik anda semakin parah dan kronik!


Cuba Tanya Soalan-Soalan Ini Pada Diri Anda

Adakah anda gastrik lebih kerap akhir-akhir ini?

Sakit lebih teruk dari sebelumnya?

Jika jawapan anda YA, maka wajib anda ketahui bahawa, ubat-ubatan yang anda consume sekarang hanya meredakan simptom gastrik yang anda alami, dan tidak merawat punca sebenar gastrik! Sebab itulah sakit gastrik berulang lagi dan lagi dan lagi. Malangnya setiap serangan lebih menyakitkan dari serangan sebelumnya!

Eh, Kejap-kejap, Gastrik Jer Kot. Boleh Ragut Nyawa Ke?

Ya, bagi mereka yang menghidap mild gastrik atau yang rela tahan sakit akibat gastrik walaupun terpaksa guling-guling, mungkin gastrik perkara biasa. Takkan nak tunggu gastrik semakin parah sampai sesak nafas baru nak anggap gastrik ni bukan sakit biasa-biasa?

Hakikatnya, walaupun pada peringkat awal gastrik tidak mengancam nyawa, tetapi jika tidak mendapat rawatan sewajarnya, ia boleh mengundang maut. Tak percaya?


Komplikasi Jika Gastrik Tidak Dirawat Segera!

  1. Ulser Peptik. Melibatkan lapisan permukaan perut atau duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil. Apabila ulser perut berlaku ia bermakna, perut sudah mengalami kecederaan dan luka yang sangat sensitif.
  2. Gastritis Atrophic. Terjadi akibat keradangan kronik pada permukaan lapisan perut yang merebak sehingga ke kelenjar yang akhirnya menyebabkan lapisan mukosa terhakis dan kelenjar rosak. Jika tidak dirawat, Gastritis Atrophic akan memburuk menjadi Gastric Atrophy, iaitu gastrik tahap akhir atau yang paling kronik.
  3. Anemia.Erosive gastritis atau gastrik yang menyebabkan hakisan pada lapisan perut boleh mengakibatkan pendarahan teruk, kehilangan darah yang banyak dan seterusnya anemia. Kekurangan sel darah merah ini membuatkan tubuh pesakit letih tak bertenaga, lesu tak bermaya dan pucat.
  4. Kekurangan vitamin B12 dan pernicous anemia. Bagi yang mempunyai masalah autoimmune atrophic gastritis, tubuh mereka tidak menghasilkan protein yang mencukupi untuk menyerap vitamin B12 yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah dan sel saraf. Serapan vitamin B12 yang lemah boleh menyebabkan pernicous anemia terjadi dikalangan pesakit autoimmune.
  5. Ketumbuhan.Gastrik yang kronik berisiko menyebabkan terjadinya ketumbuhan kanser dan bukan kanser dalam perut. Menurut statistik, kanser usus merupakan penyakit pembunuh ke 7 di kalangan lelaki dan ke 10 di kalangan wanita di Malaysia. Gastrik antara petanda awal, malangnya kanser usus biasanya tidak dapat dikesan sehinggalah ia mula merebak ke tahap 3 atau 4.

Kenapa Ada Komplikasi? Kan Dah Makan Ubat?

Ingat tak saya beritahu awal-awal tadi, ubatan gastrik yang anda ambil hanya melegakan simptom gastrik sahaja. Ia tidak merawat punca sebenar gastrik. Lebih bahaya lagi, tanpa anda sedari sebenarnya sesetengah ubatan gastrik memberi kesan sampingan jika digunakan dalam tempoh yang lama. Bayangkan, sudah berapa lama anda sakit gastrik dan bergantung kepada ubat-ubatan ini?

3 tahun..?

8 tahun..?

11 tahun..?

20 tahun..??

Tapi, macamana pula NAK ELAK GASTRIK BERULANG?

Mungkin pada ketika ini anda rasa;

  • CONFUSE dengan sakit anda sendiri. Ubat dah tak jalan. GASTRIK ke SANTAU ni?
  • STRESS yang teramat sebab tak tahan dah nak menganggung DERITA sakit gastrik.
  • SUKAR NAK PERCAYA sebab dah macam-macam anda cuba tapi gastrik masih ada.

Biar saya bantu anda, tapi kita perlu lakukannya bersama-sama.

Saya mahu anda faham bahawa, tiada guna makan macam-macam ubat tak kiralah ubatan konvensional atau tradisional jika ia hanya memberikan kelegaan sementara kepada anda tanpa merawat punca sebenar gastrik.

Nak rawat gastrik MESTI rawat seluruh badan, from the INSIDE OUT!

Mari saya permudahkan untuk anda, hanya 3 langkah yang perlu anda buat. Ya, 3 LANGKAH sahaja untuk ELAK GASTRIK BERULANG!

Langkah 1

Kenali Penyakit dan Kenapa Anda Menghidapinya

Gastrik atau dalam bahasa perubatan, gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding perut (lapisan mukosa) yang melindungi perut ketika proses pencernaan makanan. Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja.

Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

  • jangkitan bacteria Helicobacter Pylori (H.pylori)
  • penggunaan ubat-ubatan tahan sakit jenis NSAID dalam tempoh yang lama
  • merokok atau banyak minum minuman keras
  • keadaan autoimmune di mana badan pesakit sendiri menyerang sel-sel lapisan perut
  • peningkatan usia
  • stress berlebihan
Langkah 2

Ketahui Apa Yang Tidak Berkesan & Kenapa Gastrik Semakin Parah

  • Ubat gastrik seperti antacids, foaming agents, proton pump inhibitors (PPI), H2 blockers akan membuatkan gastrik anda lebih parah kerana ia hanya berfungsi untuk melegakan simptom-simptom gastrik.
    Bukan itu sahaja, ia juga boleh meninggalkan kesan sampingan, contohnya antacids boleh mengakibatkan darah tinggi, Alzheimer dan kanser; manakala PPI boleh mengakibatkan Osteoporosis. Belum lagi mention pelbagai ubat yang menyebabkan pengumpulan toksin, melambatkan metabolisma badan dan memberi kesan buruk kepada organ dalaman tubuh manusia.
  • Jaga pemakanan semata-mata tidak boleh menyembuhkan gastrik.
    Ya, majoriti pesakit gastrik tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan untuk membantu mengurangkan episod serangan gastrik. Namun, penyebab gastrik sebenarnya kompleks, justeru mana mungkin sekadar berpantang makanan pedas, berlemak, masam, diproses, dan minuman berkafein dapat mengeluarkan anda dari kesengsaraan akibat gastrik.
  • Gastrik sebenarnya petunjuk awal bahawa ketidakseimbangan yang serius sedang berlaku dalam tubuh anda.
    Perut, dari situlah badan anda menyerap vitamin dan nutrisi yang diperlukan tubuh. Dari situ juga toksin ditapis dan dikeluarkan dari tubuh anda. Jika ada sesuatu yang tidak kena pada perut anda, tentu saja keseimbangan nutrisi vs. toksin terganggu dan bakal mengakibatkan penyakit yang lebih serius. Lihat saja komplikasi yang anda baru baca tadi. Itu baru komplikasi gastrik, belum lagi penyakit berbahaya lainnya yang rata-rata berpunca dari pemakanan.
  • Punca sebenar gastrik berlaku adalah disebabkan sistem dalaman yang tidak seimbang akibat asid belebihan, penghadaman kucar-kacir, jangkitan bakteria/kuman, pengumpulan toksin akibat pemakanan, tekanan dan gaya hidup yang tidak menentu.
    Untuk memastikan anda pulih dari gastrik, semua punca ini mesti disingkirkan secara holistik dan menyeluruh.
Langkah 3

Dapatkan Penyelesaian Yang Benar-benar Berkesan!

Jika anda tercari-cari supplement yang berkesan serta-merta, bukan di sini tempatnya. Kami tidak menjanjikan MAGIK berlaku sekelip mata, segalanya dengan izin Allah jua. Yang pasti, apa yang kami tawarkan ini bukan untuk kelegaan sementara sebaliknya, penggunaan yang konsisten sekurang-kurangnya selama satu (1) hingga tiga (3) bulan akan membantu merawat tubuh dari dalam sehingga fizikal anda juga turut terserlah lebih sihat.

Bayangkan sudah beberapa tahun masa diambil untuk gastrik 'develop' dan menjadi teruk hingga ke tahap sekarang. Tubuh anda juga perlukan masa untuk kembali pulih dan seterusnya mengelak serangan gastrik dengan izin Allah.

Allow your body to self-heal, naturally. Kuncinya, berikan masa, sabar dan konsisten sepertimana pelanggan-pelanggan kami yang sudi berkongsi pengalaman mereka.


Apa Kata Pelanggan Kami?

 


Memperkenalkan Glowtox!

Glowtox merupakan inovasi supplement minuman yogurt terkini, pertama seumpamanya dengan formulasi unik gabungan ANTIOKSIDAN dan PREBIOTIK.

Ia dirumus khusus untuk mengatasi pelbagai masalah berkaitan sistem penghadaman sehinggalah ke sistem pembuangan toksin dari tubuh untuk mengekalkan keseimbangan agar tubuh lebih sihat dari dalaman dan terserlah ke luaran. BONUS tu!

Ini baru betul-betul sihat dan cantik dalaman hingga luaran!

 



Bagaimana Glowtox Membantu Anda Elak Gastrik Berulang?

01-Berasaskan Bahan-bahan Natural Yang Mengandungi Antioksidan

Gastrik terjadi akibat tekanan oksidatif yang mengakibatkan terhasilnya radikal bebas yang merosakkan dinding perut dan menyebabkan keradangan. Sumber antioksidan sangat membantu dalam pemulihan sel yang luka atau cedera dan menghalang radikal bebas dari terus merosakkan lapisan perut.

Antioksidan juga bagus untuk kesihatan kulit secara menyeluruh dan bersifat anti-penuaan. Ekstrak biji anggur, acai berry, daun zaitun dan habbatussauda merupakan sumber antioksida yang sangat baik. Selain dari fungsi antioksidan, setiap satu bahan tersebut juga sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita sebagaimana berikut:

  • Ekstrak Biji Anggur - kaya dengan Super Antioksidans OPC (sumber antioksida terbaik pernah ditemui) yang telah dikaji secara saintifik dan terbukti 50X lebih baik daripada Vitamin E dan 20X lebih baik daripada Vitamin C. Lebih menarik lagi, menurut journal PubMed, ekstrak anggur (biji, kulit dan isinya) menunjukkan kesan positif dalam menentang pembiakan bakteria H.pylori iaitu salah satu punca gastrik. Ia juga membantu merangsang kecerdasan otak, meningkatkan daya tumpuan, menguatkan ingatan, melindungi jantung dan menguatkan organ dalaman.
  • Ekstrak Daun Zaitun - juga kaya dengan sumber antioksidan (lebih baik berbanding daun teh hijau) yang penting dalam meningkatkan sistem imunisasi dan kesihatan secara menyeluruh. Ia juga mengandungi oleoropein yang terkenal dengan fungsi antibiotik, antivirus. Menurut the British Journal of Nutrition, ekstrak daun zaitun membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan seterusnya melindungi jantung. Ia turut membantu merawat gastrik dengan mengurangkan keasidan perut dan memulihkan sistem penghadaman, selain mengelakkan diarrhea dan dysentry.
  • Ekstrak Acai Berry - satu lagi super fruit yang kaya antioksidan yang sudah lama digunakan untuk pemulihan, anti-penuan, meningkatkan tenaga dan sistem imunisasi. Ia mengandungi serat makanan yang tinggi untuk membantu penghadaman dan proses nyah toksin dari tubuh. Ia juga mengandungi anthocyanin yang tinggi, bagus untuk mengurangkan kolesterol, membantu sistem peredaran darah dan kardiovaskular.
  • Ekstrak Habbatussauda - herba sunnah yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh, bersifat anti-radang, membantu menstabilkan hormone, meningkatkan system imunisasi tubuh, membantu mempercepatkan pemulihan sel yang rosak, melindungi fungsi otak dan membantu melindungi tubuh dari pelbagai penyakit kritikal.

02 - Singkirkan Toksin dengan Prebiotik

Fructooligosaccharida - membantu menggalakkan pembiakan bakteria baik dalam usus untuk proses penghadaman yang lebih sempurna, meningkatkan penyerapan nutrient, membantu proses penyingkiran toksin dan perkumuhan serta meningkatkan system imunisasi tubuh.

03 - Penuhi Keperluan Nutrisi yang Hilang dengan Multivitamin

Multivitamin - Radang lapisan mukosa dalam perut penderita gastrik menyebabkan penyerapan vitamin dan mineral terganggu, seterusnya mengakibatkan kekurangan vitamin tubuh. Sebab itulah anda lesu tak bermaya. Pengambilan multivitamin dan prebiotic boleh membantu meningkatkan penyerapan beberapa vitamin penting untuk memulihkan masalah gastrik seperti:

  • Vitamin B-12 diperlukan oleh tubuh untuk penghasilan sel darah merah dan DNA, juga untuk mengakalkan fungsi saraf tubuh. Kekurangan vitamin B-12 boleh mengakibatkan anemia, keletihan, degupan jantung tak sekata, sesak nafas, pucat, masalah saraf, penglihatan dan ingatan.
  • Vitamin A dari sumber beta-carotene sangat penting untuk meningkatkan sistem imunisasi, juga memulihkan lapisan mukosa dan tisu perut yang tercedera akibat hakisan asid berlebihan kerana gastrik.
  • Vitamin C memainkan peranan penting dalam proses pemulihan dan perlindungan lapisan mukosa dalam perut akibat gastrik. Bagi penderita gastrik, kekurangan vitamin C berisiko mengakibatkan gastrik yang lebih kronik dan juga pendarahan ulser.

04 - Rasa Yang Lazat Gabungan 8 Ekstrak Berries Terbaik Dunia!

Motivasi untuk orang yang sakit makan supplement secara berterusan dan konsisten adalah RASA YANG SEDAP, dan Glowtox sangat sedap dengan rasa mixed berries hasil kombinasi 8 ekstrak berries terbaik dunia. Anda tak akan teragak-agak nak minum Glowtox sebab ia memang sedap sangat-sangat!

 


Kenapa Mesti Beli Glowtox?

Produk Muslim - Halal

Kilang GMP

Natural based

Selamat & Berkesan

Bayangkan, Sebulan Dari Sekarang Anda Bangun Dari Tidur & Perasan...

  • Eh, perut dah tak rasa pedih-pedih lagi! Gastrik betul-betul dah hilang!!
  • Takde lagi rasa loya atau mual sampai nak termuntah-muntah macam selalu.
  • Perut tak kembung dah, tiada lagi sendawa masam lepas makan.
  • Alhamdulillah, dah takde langsung simptom-simptom masalah penghadaman!
  • Tidur lena macam baby, bangun pagi pun mudah.
  • Badan rasa ringan, lebih sihat dan lebih energetic dari sebelumnya!
  • Syukur sangat-sangat! Dah berjaya ELAK GASTRIK BERULANG dalam masa SEBULAN!
  • Paling BEST, kulit pun glowing lain macam!

Tapi, jika anda masih...

  • Teragak-agak
  • Erm.. Nak kaji dululah!
  • Nantilah saya fikirkan…

Nampaknya anda takkan kemana-mana dan GASTRIK AKAN TERUS MENEMANI anda.

Semuanya sudah saya ceritakan dari awal. Anda bukan saja dengan rela hati menjemput gastrik datang kepada anda, malah MENGUNDANG KOMPLIKASI yang lebih BURUK di masa akan datang.. Nauzubillah..

Masih tidak yakin?

Tiara Wellness Resources

Tiara Wellness Resources ditubuhkan pada 2014, merupakan sebuah syarikat bumiputera dengan no. SSM (SA0348006-U).

Kami fokus dalam menghasilkan inovasi makanan kesihatan untuk menyerlahkan kesihatan dan kecantikan dalaman hingga luaran. Isu yang kami utamakan adalah berkaitan penyakit akibat gaya hidup masa kini.

Yakin dan percaya kepada konsep penyembuhan berasakan bahan semulajadi, Glowtox iaitu produk pertama keluaran Tiara Wellness hasil formulasi pakar dalam bidang farmasi tempatan dihasilkan. In Sha Allah ia bakal membantu mengatasi masalah kesihatan anda secara menyeluruh.

Insya Allah, Glowtox boleh bantu anda elak gastrik berulang!


TIARA WELLNESS RESOURCES (SA0348006-U)
No.2, Jalan USJ 1/6C,
47520 Subang Jaya, Selangor.
Tel / WHATAPPS ( Support ) : +6011.1194.1101

Berapa Agaknya Anda Sanggup Laburkan Untuk Elak Gastrik Berulang?

 

PROMOSI!

RM180 (Sabah/Sarawak-RM200)
= 3 boxes+FREE Shaker. Postage included.

TETAPI jika membuat pembelian hari ini sebelum jam 3 PM saya akan beri FREE GIFT



FAQ

Bahan asas Glowtox adalah yogurt yg diformulasikan dengan gabungan:

  • Ekstrak Biji Anggur
  • Acai Berry
  • Ekstrak Zaitun
  • Habbatussauda
  • Fructooligosaccharida (FOS)
  • Multivitamin
  • Glowtox adalah hasil formulasi unik gabungan pre-biotic & anti-oksidan (dgn super anti-oksidan OPC) dari bahan semulajadi.
  • Glowtox mengandungi nano sugar yg selamat diambil oleh penghidap diabetes, darah tinggi, mslh kolesterol dan sakit kritikal lain. Kandungan gula jauh lebih rendah berbanding yogurt biasa.
  • Glowtox mengandungi pre-biotic hasil kajian saintifik terkini. Rumusannya tidak mengandungi pro-biotic seperti yogurt biasa.
  1. Satu sachet dibancuh dalam 100-150 ml air dan terus diminum (air suam atau air sejuk)
  2. Arahan pemakanan: 1-2 sachet sehari. Sebaiknya diambil waktu pagi dan malam (dalam keadaan perut kosong).

Kesan bergantung kpd individu dan tahap masalah kesihatan masing2. Kami sarankan penggunaan berterusan sekurang-kurangnya 1 bulan hingga 3 bulan (2-6kotak) untuk kesan optimum.

Boleh. Semua peringkat umur boleh minum kecuali bayi 2 tahun ke bawah.

Setakat ini tiada kesan sampingan di laporkan kepada kami. Selagi anda tidak alergik kepada mana-mana bahan dalam Glowtox terutamanya yogurt, u should be fine.

  • Pre-biotic merupakan serat makanan atau dietary fibre yg diperlukan oleh pro-biotic untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
  • Pro-biotic merupakan bakteria baik dalam usus yg membantu melancarkan proses penghadaman dan memastikan sistem penghadaman yang sihat.

Boleh. Glowtox boleh diambil mereka yg alah kpd lactose.

  • Sekotak mengandungi 15 sachets. Boleh tahan sehingga 2 minggu jika diambil 1x sehari.
  • 1x sehari sudah mencukupi tetapi jika sakit yg agak kronik, utk kesan optimum pengambilan 2x sehari adalah lebih baik.

Bukan gastrik jer.. Glowtox adalah supplement khusus untuk usus. Apa sahaja masalah berkaitan usus dan penghadaman spt gastrik, reflux, ulcer perut, sembelit, badan berangin dan sebagainya boleh jadikan Glowtox sbg ikhtiar. Yg BESTnyer Glowtox kaya anti-oksidan yg juga bagus untuk kulit. Minum Glowtox, perut sihat kulitpun cantik! InsyaAllah.

InsyaAllah apabila kesihatan makin ok, boleh la slowly kurangkan pengambilan Glowtox.